Sebab kurang minat terhadap membaca karya sastera

Definisi Karya Sastera:
Karya sastera ialah hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.

Isi-isi karangan:                            
↓↓Karangan di bawah↓↓
Isi 1:
Perkembangan dan penggantian peranti elektronik dengan karya sastera
- Telefon pintar , komputer dan lain-lain telah membolehkan masyarakat mengakses media sosial - permainan dalam talian , bersembang dan lain-lain.(Contoh)
- Menjadi lubuk hiburan kepada masyarakat - masyarakat menghiburkan diri dengan hanya menekan aplikasi pada telefon pintar mereka.(Huraian)
-  Perlu memeras otak untuk memahami apa-apa yang disampaikan - tidak biasa menggunakan otak mereka.(Huraian)

Isi 2:
Kegghairan terhadap pelakon atau penyanyi terkenal
- Pelakon - Neelofa , Nora Danish - penyanyi - Dato'Sri Siti Nurhaliza selebriti terkenal di Malaysia.(Contoh)
- Masyarakat melupai kewujudan karya sastera.(Huraian)
- Karya sastera - Si Lucai dan Pak Kanduk(Contoh)
- Disimpan dalam kapsul sejarah(Huraian)

Isi 3:
Bahasa klasik yang penuh dengan diksi bahasa klasik
- Bahasa Arab , Bahasa Sanskrit dan Bahasa istana yang mengelirukan.(Contoh)
- Masyarakat tidak berminat untuk membaca karya sastera.(Huraian)
- Kisah Pelayaran Abdullah , Dawa'il Kulub dan Hikayat Abdullah(Contoh)
- Malas untuk membuat penyelidikan(Huraian)
- Bahasa - bahasa tidak relevan dengan bahasa pada zaman kini (Huraian)

Isi 4:
Pendedahan masyarakat kepada karya sastera yang amat kurang.
- Sukatan pelajaran Bahasa Melayu pada zaman dahulu tidak disisip karyaan sastera.(Contoh)
- Masyarakat pada zaman sekarang kurang menyedari keunikan dan keindahan karya sastera.(Huraian)

Fakta-fakta yang mematangkan karangan:
Karya sastera seperti sajak "Kurang Ajar" merupakan puisi yang membincangkan masyarakat pada zaman sekarang yang tidak bersemangat untuk memajukan diri sendiri
- Pelakon seperti Neelofa , Nora Danish dan penyanyi Dato'Sri Siti Nurhaliza merupakan selebriti yang dipercayai paling terkenal di Malaysia
- Karya-karya sastera yang terkenal seperti Si Lucai dan Pak Kanduk yang merupakan teman kanak-kanak akan disimpan dalam kapsil sejarah sahaja.
- Karya sastera seperti Kisah Pelayaran Abdullah , Dawa'il Kulub dan Hikayat Abdullah
(Berikan CONTOH untuk mematangkan karangan)

Peribahasa:
- Pecah menanti sebab , retak menanti belah
- Tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas
- Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih
- Sebelum nasi jadi bubur

Frasa-frasa menarik:
- Pasti sahaja sarat dengan cabaran
- Lubuk hiburan
- Memeras otak
- Hilang ditelan zaman
- Disimpan dalam kapsuk sejarah

Karangan:
          Dalam mengharungi arus modenisasi yang pasti sahaja sarat dengan cabaran , karya sastera kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakatat . Hal ini kerana orang ramai terlalu sibuk mengejar arus globalisasi yang dianggap semakin menelan kewujudan karya sastera . Contoh-contoh karya sastera seperti sajak " Kurang Ajar " merupakan puisi yang membincangkan masyarakat pada zaman sekarang yang tidak bersemangat untuk memajukan diri sendiri . Karya yang dihasilkan oleh Usman Awang ini sememangnya diminati oleh masyarakat pada zaman dahulu namun keadaan sebaliknya berlaku apabila masyarakat pada zaman ini tidak tahu untuk menghayati keindahan karya sastera . Sedialah bahawa , karya sastera amat penting untuk mengubah cara berfikir seseorang dan mematangkan fikiran yang sememangnya amat penting untuk memajukan negara . Persoalannya , apakah sebab-sebab kekurangan minat masyarakat terhadap membaca karya sastera .

          Jika ditelusuri secara mendalam , peranti-peranti elektronik yang kian berkembang pada masa kini telah menggantikan karya sastera pada era globalisasi ini . Tidak hairanlah kerana peanti elektronik seperti telefon pintar , komputer dan lain-lain membolehkan masyarakat untuk mengakses media sosial demi bermain permainan dalam talian , bersembang dan lain-lain . Hal ini telah menjadi lubuk hiburan kepada masyarakat kerana mereka boleh menghiburkan diri dengan hanya menekan aplikasi pada telefon bimbit mereka . Keadaan ini amat berbeza dari segi karya sastera . Seseorang perlu memeras otaknya untuk memahami apa-apa yang ingin disampaikan oleh karyaan itu . Hal ini dianggap sangat menekankan kerana menreka tidal biasa menggunakaan otak mereka . Jadi , masyarakat perlulah membiasakan diri sendiri dengan bacaan karya sastera supaya karya bacaan masih dihayati dan tidak akan hilang ditelan aman seperti yang dikatakan tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas .

          Memetik wasitah yang seterusnya , keghairahan terhadap pelakon atau penyanyi terkenal telah menyebabkan perhatian masyatakat telah mengalir dari karya sastera kepada dunia hiburan . Pelakon seperti Neelofa , Nora Danish dan penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza merupakan selebriti yang paling terkenal di Malaydia telah menyebabkan minat kebanyakan nasyarakat tertumpu kepada mereka , Hal ini amat membimbangkan kerana masyarakat akan semakin melupai kewujudan karya sastera yang dianggap baik untuk mengasah minda seseorang . Karya-karya sastera yang terkenal seperti Si Lucai dan Pak Kanduk yang merupakan teman kanak-kanak akan disimpan dalam kapsul sejarah sahaja . Oleh itu , usaha untuk meningkatkan martabat karya sastera perlulah rancak dijalankan supaya karya sastera amendapat pengiktirafan daripada masyarakat seperti yang dikatakan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . 

          Meniti hujah yang seterusnya , faktor bahasa klasik yang penuh dengan diksi bahasa klasik , bahasa Arab , bahasa Sanskrit dan bahasa istana yang mengelirukan terkandung dalam karya sastera telah menyebabkan masyarakat moden tidak berminat untuk membaca karya sastera seperti Kisah Pelayaran Abdullah . Dawa'il Kulub dan Hikayat Abdullah . Tambahan pula , kebanyakan daripada mereka malas untuk membuat penyelidikan terhadap karya sastera tertentu kerana memerlukan pemerasan otak yang banyak . Mereka menganggap bahasa-bahasa yang digunakan dalam karya sastera tidak relevan dengan bahasa pada zaman kini . Jadi mereka menganggap tidak perlulah menyusahkan diri-sendiri untuk membuat sesuatu yang tidak bermanfaat . Tetapi segala anggapan seperti undang-undang di sebalik batu kerana seseorang akan menjadi lebih pintar dan berfikiran matang . Warisan-warisan pada zaman silam seperti bahasa klasik dapat dikekalkan dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat ini . Jadi , karya sastera perlulah dikekalkan sebelum nasi menjadi bubur . 

          Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan masyarakat kepada karya sastera sejak kecil adalah amat kurang . Hal ini menyebabkan masyarakat pada zaman sekarang untuk kurang menyedari keunikan dan keindahan karya sastera . Hal ini dapat dibuktikan dengan sistem pendidikan  Bahasa Melayu pada zaman dahulu apabila unsur komsas tidak disisip dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu menyebabkan masyarakat tidak terdedah dengan karyaan sastera . Menyedari isu ini yang semakin meruncing , Kementerian Pendidikan telah memasukkan unsur-unsur komsas dalam sukatan pembelajaran sebagai initiaitf untuk mendedahkan masyarakat kepada dunia sastera . Jadi , usaha yang tidak bersifat pecah menanti sebab , retak menanti belah seperti menjalankan mingguan sastera mestilah rancak dilaksanakan untuk kepentingan bersama .

Comments